Friday, October 4, 2013

pecah masuk rumah

untuk kesekian kalinya, entri aku trtunggak lagi. kesiannnnn....

seminggu yang lepas kot, aku pun x pasti the exactly date rumah kena pecah masuk. bukan pecah masuk yang teruk2 cam korang fikirkan. nauzubillah.

yang ini, dia masuk melalui tingkap bilik. tingkap nie memang boleh panjat jer. kalau yang badan lonjong, memang harapan tinggi la nak masuk sesenangnya. kalu tertinggal kunci ker, terkunci ke, apa ker memang x berapa nak takut la. boleh panjat or terjun jer.

tapi memang x sangka, yang benefit itu boleh jadi satu ancaman jugak. memang x dengar langsung, dia panjat ker, masuk dalam rumah ker. tau2 jer barang dah kena ambil.

aku n adik kuor pergi beli barang. tinggal akak n anak dia kat rumah. bila dah balik, dia bising2 bagitau handphone dia takder. kitorang mana la tahu. bukannya kitaorang stay kat rumah pagi tu. bila akak check sekeliling rumah, ada sebiji batu simen kat tanah yang area tingkap bilik dia. dia pelik, camner la batu nie boleh berada kat bilik dia. dia pelik, aku lagi pelik.

check punya check, tabung air gelap n handphone dia hilang. nak buat report polis pun, x boleh. sebab memang akak buka tingkap. so x der bukti yang menunjukkan dia masuk rumah walaupun barang hilang. polis kata, report boleh buat, tapi xder tindakan susulan. sebab kes yang macam nie boleh dikategorikan sebagai 'menjemput ancaman ke rumah dengan sengaja.' apa2 jer la cik polis. nak barang balik pun dah x boleh. dendiam sudahhhh.....

2,3 hari selepas tue, rumah mak saudara pulak kena masuk. tingkap yang kat depan pintu masuk rumah ada kesan cungkil and tingkap yang menghala ke laut kena pecah. mak saudara tidur kat tingkap bawah. tingkap yang kena cungkil n pecah tue semuanya kat area atas. mak saudara perasan pun, time bangun bagi. alhamdulillah, semuanya selamat. cuma tab and jam kena ambil. xperla, asalkan nyawa semuanya selamat.
mak saudara buat report polis n polis cakap setakat nie xder lagi report pasal rumah pecah masuk kat area kampung nie.
so, kami budget pencuri tue adalah orang yang sama and orang dalam kampung nie jugak. sebab tue la no report at all. dah malas nak layan. tapi kalau dah selang 2,3 hari kena kat jiran sebelah x ker hangin jugak badan dibuatnya?

tetiba jer semalam, teringat kat kamera yang satu itu. selalunya selit2 antara buku. cari punya cari, xjumpa. xper, maybe adik ada simpan kat tempat lain.
 tanya dia, tapi dia kata x pegang or simpan. dah kemana pulak kamera nie menyorok. cari kat rak yang biasa simpan pun xder. memang la kamera biasa2 jer. tapi untuk mendapatkan sebiji kamera itu amatla terasa. dahla gambar kat dalam tue amat nostalgik. xkan aku nak ulang masa lalu hanya nak dapat gambar2 tue? ada harapan la kamera tue pun pencuri tue ambil jugak.

sebelum nie lappy jiran 'pinjam'. dapatla balik walaupun berkoyan2 jugakla aku menangis. la nie, jangankan kata menangis berbaldi2, aku meratap pilu pun belum tentu lagi dapat balik kamera tue.

disebabkan itu, maka tunggula entry yang tidak bergambar selepas ini. sekian. curahan hati di jumaat.

Friday, September 27, 2013

sabtu tanpa plastik


berkurun entri nie didraftkan, baru hari nie nak update. penyakit apa la yang melanda diri ini? tolongla vitamin M pergi jauh2, x larat dah nak hadap ko. haha. orang psiko memang macam nie. salah sendiri, tapi tuding jari kat orang. tuding? apa tue? errr tunjuk kot. abaikan.

hari sabtu hari paling malas nak jelajah kedai besar2 nie. kena bayar 20sen untuk plastik. minyak naik kan sekarang nie? maka belanja pun kena la ber-ala kadar. sederhana kata orang.

bila entah aku pergi giant kuala terengganu, lupa dah. tapi dia ada sediakan kotak untuk letak barang. maknanya korang dah x payah bayar 20sen, just ambil kotak, letak dalam troli n tolak itu troli.
kalau x nak ambil time masuk, ambil time bayar or keluar dari mall.



ini orang lagi dahsyat punya perangai.
ambil kotak kat giant, tapi pergi membeli kat mydin. boleh? haha. mydin x sediakan kotak macam giant. aku agakla kan. kalau mydin sediakan kotak, entah2 dah berkerumun orang kat tempat tue. xnampak kotak, nampak orang jer.

kalau bawa kotak nie, masuk mydin, memang agak payah sikit la. aku rasa bukan sikit, banyakkk. guard kat pintu masuk akan check satu2 kotak. bila dah masuk, mata dia akan ikut ko sampai la ko hilang dari pandangan mata dia. takut la kita selit apa2 ke kat celah2 kotak yang dia x nampak.

ada jugak yang bagi pandangan, guna plastik lutsinar putih yang kita letak sayur timbang tue. ok jugak kan pendapat tue. nanti nak try la.

Tutorial diri kita banyak dalam satu gambar

Jum Tutorial.

Mula mula korang snap lah gambar korang..dan pastikan kamera korang tak beralih kedudukan nye..hanya korang je bergerak gerak.. sekali snap tempat len,skali snap tempat len.Law bleh guna tripod bagi mengelakkan gambar atau kedudukan kawasan korang beralih...(alternatif lain cari je tempat yang tinggi dan rata untuk letak kamera korang..)




Ok law korang dah ada gambar..Korang open Adobe and gambar gambar korang.


Lepas tu korang klik kat satu gambar and then korang tekan CTRL+A serentak dan CTRL+X serentak untuk potong gambar dan klik lak kat gambar korang yang lain (gambar yang digunakan untuk Background) and tekan CTRL+V untuk paste..dan akan jadi cam gambar kat bawah nie.


Lepas tu korang g ke tool layer kat bahagian kanan ..korang nampak tak anak panah kat bawah nie..korang leh adjust opacity gambar korang..so korang senang nak padam bahagian yang perlu dipadam..hiraukan anak panah kuning tu k..


Lepas tu korang akan dapat hasil yang macam kat bawah nie..Gambar bertukar kabur bila korang adjust opacity gambar korang tu ke jumlah yang kecil.Kat anak panah biru tu .


Lepas tu..korang klik lak kat tool sebelah kiri..klik Eraser..cam kat anak panah bawah nie.


Law dah korang ke gambar korang lak..dan padamkan gambar yang bertimpa..Contoh cam kat bawah nie..Wan padamkan setengah gambar tu..


Lepas tu korang Adjust balik opacity gambar korang ke jumlah 100%.Dan lepas tu korang teruskan dengan gambar yang lain..dengan langkah yang sama.


Law korang dah siapkan semua gambar korang..Makna nye korang dah dapat hasil akher..Selesai..



T u je

Senang kan..

Selamat mencuba..
*******************************
credit and thanx to wan.


nampak tak penangan gara2 tak dengar nasihat@kata2 wan?

sebenarnya gambar tue ada 3keping and aku dah malas nak ambil gambar2 mereka yang serupa. nie jer gambar yang aku rasa elok di pandangan mata. *thanx to my sis. kasi pinjam gambar.*

nak harapkan gambar2 aku bertenggek kat blog nie? ada yang x tido malam dibuatnya. jerangkung bertulang bergambo ala2 model erofah, maunya x mabuk+pitam korang2 semua. *____*

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.