Thursday, July 5, 2012

bangga?

ehsan cik google

one of my frenz cerita kat aku pasal kisah nie. dia baca dari mana entah. aku pun luper. tapi pertanyaan dia tue buat aku terfikir banyak kali. korang pulak macamana? macam aku ker?

kisah pasal wartawan interview ramai orang. dari bawahan sampai la atasan. simple question, 'apa yang awak bangga dengan berdiri megahnya klcc di negara sendiri?'

pihak atasan : saya yang memperkenalkan ia ke mata dunia.
penjual : barang saya terkenal.
arkitek : saya yang design bangunan nie.
jurubahan : saya yang pastikan bahan berkualiti jer disupply.
pekerja : saya yang bertungkus lumus menyiapkan bangunan itu.
pelancong : saya boleh mengetahui pasal malaysia dengan lebih lanjut.
penduduk : saya bangga dengan pencapaian negara saya.

ada banyak lagi la dia beritahu saya pasal kisah klcc nie. last2 dia tanya saya pulak, apa teladan yang awak dapat dari cerita nie? aku dah blur nak jawab apa. sebab tengah syok2 dengar cerita, kena pulak jawab soklan. macam kena hentam batu besar sebab xfocus time ceramah.

aku : semua orang ada kepentingan masing2.
dia : betul tue. think positive dalam setiap apa yang kita buat.

okkkk.... aku amat terasa dengan statement ko apam balik. :(

p/s: cerita ini bukan untuk memburukkan mana2 pihak. saya cuma ingin berkongsi sesuatu dengan korang semua. :) kepada yang terasa, saya minta maaf terlebih dahulu.


 

blog GA ke nie?

ehem... ehem... *kenyit2 mata* budget lawa la tue. xder ker orang nak puji kita? xper la, kita puji diri sendiri dah la yer. hehe

dah lama kan xbercerita disini. mesti korang perasan blog nie asyik duk karang n3 GA jer. bila nak bern3 tuan empunya blog pulak? bukan xnak bern3, tapi tahap kemalasan melanda tue paling maksima semenjak dua menjak nie.

lebih2 lagi dengan kerja yang nak fully commited time tengah2 tahun nie. lagi la kemalasan menebal2 di jiwa. rasa macam balik keje terus nak tidor. tak nak fikir dah pasal kerja yang xpernah habis. lepas satu, satu menjelma. tapi itukan jalan yang aku pilih, maka hadapi la ia dengan tenang. even aku dah gelabah bila bos serah file suruh aku handle.

blog nie masih lagi mengekalkan blog personal. cuma bila ada simple GA yang aku rasa boleh mengelakkan blog nie bersawang terus, aku join. mana la tahu ada rexki yang tersangkut, syukor. :) korang pun boleh la join sekali, mana la tahu, bukan rexki aku, rexki korang. sama2 la kita berusaha.

selalunya sempat la jugak aku draft n3 awal2 sebelum tido. esok just make up sikit2 n publish. sekarang nie? jangan harap. lepas BW blog korang, terus zzzzZZzzZZZz xhengat dunia. jangankan kata nak draft n3, nak jenguk tv pun dah xtermampu. cuma mampu dengar suara, last2 tv yang dengar suara kita megeroh. kahkahkah... :D

bila dah lama terperam n3 kat dashboard, aku delete aje. sonang cerita. nak ingat balik cerita2 lama nie, agak payah sikit bagi aku. nak rewind balik tue yang payah. nanti kang terrewind benda xsepatutnya, lagi la haru aku nak menaip. bagi aku, ok! orang lain xkot. yer la. itu la satu2nya kenangan terindah. daripada aku duk biarkan draft aku berlambak2 dengan n3 xpernah siap, baik la aku karang n3 yang baru. n3 lama, adios. nanti kalau aku teringat, aku up balik yer cerita2 itu.

fuhhhhh... legaaaaa. :) start harinie dah boleh relaxkan minda sikit. xder la terkejar2 dateline merah atas meja ofis. terkejar2 dateline hijau je la pasnie.


p/s: doakan saya lulus interview itu. amiinnn... :)


 

Tuesday, April 17, 2012

meringue



saper penah mkn kuih kt atas nie? lawakn bentuk dia. mcm bawang pn ada.

aku penah la mkn kuih nie. tapi time raya jer. tau2 jer la, bila tiba raya. seme bnda yg xpenah kuor n tgk, akan ada peminatnya. sama cam kuih nie.
kt area2 kl maybe kuih nie dh jadi trend, tapi kt area umah aku, kuih nie masih mnjadi persoalan. kui kui kui.... bila letak atas meja, jiran2 yang dtg semuanya brpandangan n xjadi nk mkn. last2 kami adik beradik yg memperabihkannya.

bila akak aku bawa balik. kami adik beradik dh ko-pandang-aku-aku-pandang-ko. mmg xtau nk buat apa. xpenah makan la katakan.
skali ngap. ok jugak kuih nie. masuk mulut n terus cair. xyah kunyah2 dh. bleh cair mcm coklat m&m... suke suke...
sebiji, lepas tue sebiji lagi, sebiji lagi. xsedar dh habis 1balang.

godek kt tenet. dpt la resepi dia. senang jer cara2 nya. mmg dh psg impian nk buat kuih nie suatu hari nanti.

senang ko kata?!!!!! meh sini aku nk tunjuk.......

abaikan kekurusan tangan itu.
ko tahu nie percubaan kali ke berapa? kali ke3... yesssss kali ke3. fuhhhhhh penat perah tenaga. ketiga2 percubaan adalah percubaan untuk membuat apam polkadot. nnnnn ianya berhasil. vangga i tahu bila menjadi nie. rasa macam semua benda dah hilang beban. ayattttttt sarcastic betul la. :p

nak buat meringue nie kena putar mixer tue dengan kelajuan paling tggi. n jangan pulak berhenti selagi ianya xmenjadi. kalau x, nanti kuih xcantik.



 

Monday, April 16, 2012

nail polish bukan untuk kuku jer. :)


nie nail polish yang akak aku kasi. errr aku pun luper dia kasi bila. tapi dah lama dah la. jangan tanya jenama apa. sebab aku sendiri xtahu nail polish yang nie jenama apa. hehe... =)

mula2 dia kasi tue, aku dah tercengang2. apakehalnya pulak ko kasi aku nie? macam la aku guna barang2 camnie. tengok, rajin la. guna? xpernah lagi. ya hampunnnn akak aku nie. kalau bagi kek ke, barang kemas ker, boleh aku rembat awal2.

sekali angah aku balik time cuti sekolah baru nie, dia tengok nail polish nie xterusik lagi.

angah : ko xguna ker polish nail nie?

aku : nak buat apa. malas la nak cuci2 nie. nanti nak ambil air sembahyang lagi. leceh :(
angah : alaaaa. benda nie bukan untuk letak kat kuku jer la. banyak la kegunaan dia.
aku : banyak? bukan letak kat kuku jer ke?

angah aku dah gelak macam apa jer. yer, angah. aku tahu la aku nie jakun. tapi xpayah la beria2 sangat gelakkan aku nie.

rupanya polish nie banyak kegunaan dia. boleh lekatkan berlian2 kerongsang yang suka tercabut tue. al-maklum la. aku nie suka membeli kerongsang yang kecil2 tue. sekali pakai, terus tercabut 2,3biji manik. ganas kebenor aku nie pakai. =(

bukan tue jer. kalau korang beli kasut mahal2 n ada sekembang bunga kat atas kasut tue. tapi baru pakai 2,3kali, bunga dah tercabut. nak buang rasa sayang. macam togel jer kasut tue kalau buang. boleh guna nail polish nak lekatkan balik bunga kembang setaman tue. cuma kena tunggu kasi betul2 kering, baru boleh guna. n cuba elakkan kena air.

banyak lagi kegunaan dia sebenarnya. kat sini ada terangkan. yang paling penting bila time nak apply nail polish tue, jangan biarkan lelama kat luar nanti kena angin@udara, gamnya akan berketul maknanya dah tarik keluar berus nail polish, terus apply kat benda yang kita nak lekat. kalau biarkan lelama, nanti kering n gam dia berketul, memang susah nak apply. kalau apply jugak, hodoh jadinya barang kita nanti. xnak barang jadi xcantik, kan? :[


 

Friday, March 30, 2012

krim muka

 

gambar xberapa nak clear. almaklum la i pakai handphone cap ayam jer. hehe..... mana mampu nak pakai sII. nanti2 kita mampukan diri kita pakai samsung tab pulak yer. cewahhhhhh angan ko jenah. xtahannnnnn.....

krim muka yang i dapat free from freebies under nano white. aku pun xtahu sama ada kat pasaran dah ada ke belum. dah ada kot. dah lama dah n3 nie terperam kat draft, harinie baru menjadi n3 sah-nya. :)

sebelum nie aku pakai krim muka safi balqis yang gamat punya. time gatal2 muka, elok la pakai sebab boleh kurangkan gatal2 time panas. tapiiiiii time panas tue la, bila apply krim muka balqis nie, muka ko berminyak even xnampk mana. bila sentuh dengan tangan, 'apsal berminyak muka aku nie?' mula la gelabah xhengat. :(

tapi bila apply krim muka nano white nie, tulus-mulus rasanya kulit aku. berjalan tetengah hari p cari makan pun xder la sesegan macam dulu. lagipun aku keje under aircond totally memang kena guna jugak la krim muka nie.

cuba la korang try cari kat pasaraya, mana la tahu kot2 jumpa. jangan tanya aku botol yer camner sebab memang xtahu camner produk asal dia. produk yang free gift nie adakalanya packaging dia lain dari packaging yang diorang jual.


 

Thursday, March 29, 2012

thanx intanberlian

 

hasil dari join GA kat salah satu blog. alhamdulillah. dapat handphone strap nie. flower uollsss. teruja nak letak kat handphone. :)

sebelum dapat handphone strap nie, terlintas kat hati, 'lawa jugak aku pakai baju purple. nak pakai lagi la.' sila jangan muntah dengan keprasanan tuan empunya blog nie. hehe. (-.-)v

balik2 keje tengok ada surat for me. saper pulak yang kasi nie. teruja nak tahu. rupanya kak intanberlian yang kasi. :) xmenang pun. just dapat hadiah sebab join. xper la, lain kali kita cuba lagi yer. thanx, akak. boleh la saya sangkut kat handphone.


 

Saturday, March 10, 2012

saya nak tudung bawal


 saper naok join, bleh klik sini. due yer 23hb Mac nie.


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.