Friday, October 4, 2013

pecah masuk rumah

untuk kesekian kalinya, entri aku trtunggak lagi. kesiannnnn....

seminggu yang lepas kot, aku pun x pasti the exactly date rumah kena pecah masuk. bukan pecah masuk yang teruk2 cam korang fikirkan. nauzubillah.

yang ini, dia masuk melalui tingkap bilik. tingkap nie memang boleh panjat jer. kalau yang badan lonjong, memang harapan tinggi la nak masuk sesenangnya. kalu tertinggal kunci ker, terkunci ke, apa ker memang x berapa nak takut la. boleh panjat or terjun jer.

tapi memang x sangka, yang benefit itu boleh jadi satu ancaman jugak. memang x dengar langsung, dia panjat ker, masuk dalam rumah ker. tau2 jer barang dah kena ambil.

aku n adik kuor pergi beli barang. tinggal akak n anak dia kat rumah. bila dah balik, dia bising2 bagitau handphone dia takder. kitorang mana la tahu. bukannya kitaorang stay kat rumah pagi tu. bila akak check sekeliling rumah, ada sebiji batu simen kat tanah yang area tingkap bilik dia. dia pelik, camner la batu nie boleh berada kat bilik dia. dia pelik, aku lagi pelik.

check punya check, tabung air gelap n handphone dia hilang. nak buat report polis pun, x boleh. sebab memang akak buka tingkap. so x der bukti yang menunjukkan dia masuk rumah walaupun barang hilang. polis kata, report boleh buat, tapi xder tindakan susulan. sebab kes yang macam nie boleh dikategorikan sebagai 'menjemput ancaman ke rumah dengan sengaja.' apa2 jer la cik polis. nak barang balik pun dah x boleh. dendiam sudahhhh.....

2,3 hari selepas tue, rumah mak saudara pulak kena masuk. tingkap yang kat depan pintu masuk rumah ada kesan cungkil and tingkap yang menghala ke laut kena pecah. mak saudara tidur kat tingkap bawah. tingkap yang kena cungkil n pecah tue semuanya kat area atas. mak saudara perasan pun, time bangun bagi. alhamdulillah, semuanya selamat. cuma tab and jam kena ambil. xperla, asalkan nyawa semuanya selamat.
mak saudara buat report polis n polis cakap setakat nie xder lagi report pasal rumah pecah masuk kat area kampung nie.
so, kami budget pencuri tue adalah orang yang sama and orang dalam kampung nie jugak. sebab tue la no report at all. dah malas nak layan. tapi kalau dah selang 2,3 hari kena kat jiran sebelah x ker hangin jugak badan dibuatnya?

tetiba jer semalam, teringat kat kamera yang satu itu. selalunya selit2 antara buku. cari punya cari, xjumpa. xper, maybe adik ada simpan kat tempat lain.
 tanya dia, tapi dia kata x pegang or simpan. dah kemana pulak kamera nie menyorok. cari kat rak yang biasa simpan pun xder. memang la kamera biasa2 jer. tapi untuk mendapatkan sebiji kamera itu amatla terasa. dahla gambar kat dalam tue amat nostalgik. xkan aku nak ulang masa lalu hanya nak dapat gambar2 tue? ada harapan la kamera tue pun pencuri tue ambil jugak.

sebelum nie lappy jiran 'pinjam'. dapatla balik walaupun berkoyan2 jugakla aku menangis. la nie, jangankan kata menangis berbaldi2, aku meratap pilu pun belum tentu lagi dapat balik kamera tue.

disebabkan itu, maka tunggula entry yang tidak bergambar selepas ini. sekian. curahan hati di jumaat.

Friday, September 27, 2013

sabtu tanpa plastik


berkurun entri nie didraftkan, baru hari nie nak update. penyakit apa la yang melanda diri ini? tolongla vitamin M pergi jauh2, x larat dah nak hadap ko. haha. orang psiko memang macam nie. salah sendiri, tapi tuding jari kat orang. tuding? apa tue? errr tunjuk kot. abaikan.

hari sabtu hari paling malas nak jelajah kedai besar2 nie. kena bayar 20sen untuk plastik. minyak naik kan sekarang nie? maka belanja pun kena la ber-ala kadar. sederhana kata orang.

bila entah aku pergi giant kuala terengganu, lupa dah. tapi dia ada sediakan kotak untuk letak barang. maknanya korang dah x payah bayar 20sen, just ambil kotak, letak dalam troli n tolak itu troli.
kalau x nak ambil time masuk, ambil time bayar or keluar dari mall.



ini orang lagi dahsyat punya perangai.
ambil kotak kat giant, tapi pergi membeli kat mydin. boleh? haha. mydin x sediakan kotak macam giant. aku agakla kan. kalau mydin sediakan kotak, entah2 dah berkerumun orang kat tempat tue. xnampak kotak, nampak orang jer.

kalau bawa kotak nie, masuk mydin, memang agak payah sikit la. aku rasa bukan sikit, banyakkk. guard kat pintu masuk akan check satu2 kotak. bila dah masuk, mata dia akan ikut ko sampai la ko hilang dari pandangan mata dia. takut la kita selit apa2 ke kat celah2 kotak yang dia x nampak.

ada jugak yang bagi pandangan, guna plastik lutsinar putih yang kita letak sayur timbang tue. ok jugak kan pendapat tue. nanti nak try la.

Tutorial diri kita banyak dalam satu gambar

Jum Tutorial.

Mula mula korang snap lah gambar korang..dan pastikan kamera korang tak beralih kedudukan nye..hanya korang je bergerak gerak.. sekali snap tempat len,skali snap tempat len.Law bleh guna tripod bagi mengelakkan gambar atau kedudukan kawasan korang beralih...(alternatif lain cari je tempat yang tinggi dan rata untuk letak kamera korang..)




Ok law korang dah ada gambar..Korang open Adobe and gambar gambar korang.


Lepas tu korang klik kat satu gambar and then korang tekan CTRL+A serentak dan CTRL+X serentak untuk potong gambar dan klik lak kat gambar korang yang lain (gambar yang digunakan untuk Background) and tekan CTRL+V untuk paste..dan akan jadi cam gambar kat bawah nie.


Lepas tu korang g ke tool layer kat bahagian kanan ..korang nampak tak anak panah kat bawah nie..korang leh adjust opacity gambar korang..so korang senang nak padam bahagian yang perlu dipadam..hiraukan anak panah kuning tu k..


Lepas tu korang akan dapat hasil yang macam kat bawah nie..Gambar bertukar kabur bila korang adjust opacity gambar korang tu ke jumlah yang kecil.Kat anak panah biru tu .


Lepas tu..korang klik lak kat tool sebelah kiri..klik Eraser..cam kat anak panah bawah nie.


Law dah korang ke gambar korang lak..dan padamkan gambar yang bertimpa..Contoh cam kat bawah nie..Wan padamkan setengah gambar tu..


Lepas tu korang Adjust balik opacity gambar korang ke jumlah 100%.Dan lepas tu korang teruskan dengan gambar yang lain..dengan langkah yang sama.


Law korang dah siapkan semua gambar korang..Makna nye korang dah dapat hasil akher..Selesai..



T u je

Senang kan..

Selamat mencuba..
*******************************
credit and thanx to wan.


nampak tak penangan gara2 tak dengar nasihat@kata2 wan?

sebenarnya gambar tue ada 3keping and aku dah malas nak ambil gambar2 mereka yang serupa. nie jer gambar yang aku rasa elok di pandangan mata. *thanx to my sis. kasi pinjam gambar.*

nak harapkan gambar2 aku bertenggek kat blog nie? ada yang x tido malam dibuatnya. jerangkung bertulang bergambo ala2 model erofah, maunya x mabuk+pitam korang2 semua. *____*

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Tutorial 'blur'kan orang disekeliling dan fokus pada kita

Jum Tutorial

Mula mula korang open lah adobe korang dan gambar yang korang nak guna..


Lepas tu korang klik kat Tool klik Tool Blur..contoh cam kat bawah nie k.Pastikan korang klik simbol tu..law korang tak nampak simbol tu..korang klik kanan kat anak panah macam kat gambar bawah nie.Dan korang pilih Blur k.


D
ah tu korang klik lak kanan kat gambar korang..Dan korang akan tengok Pop up macam kat bawah nie..yang kat anak panah tu korang leh adjust size Brush blur korang k.


And korang blur kan lah kawasan sekeliling korang tu..


So law dah korang akan dapat hasil yang macam kat bawah nie..



Ok tu je

Senang kan

Selamat mencuba..
****************************
credit and thanx to wan.


abaikan muka keserabaian model itu. *kutuk diri sendiri, xper, kan? lalala....

korang kena banyak menyabarkan diri dalam proses blur nie. kalau boleh, cuba elakkan guna gambar yang dah sedia ada kala terang or gambar pecah2.
bila korang guna gambar tue, korang xkan mudah perasan bilamana ia dh blur.

same goes to me. bukan main lagi aku blurkan gambar pecah2+agak terang. sampai naik hot, bila la gambar nie nak blur.
last2 terus satu gambar blur. kahkahkah!!! *pang* ok, aku gelak sopan.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Tutorial hilangkan benda yang tak berguna dalam gambar

Jum Tutorial..

Cara nye mudah je...Mula mula cam biase lah korang open Adobe korang and gambar yang korang nak edit tu..


Lepas tu korang klik Clone Stamp Tool..Yang kat anak panah biru kat gambar atas tu..Lepas tu..korang nampak tak yang petak warna hijau kat gambar atas tu..yang petak hijau tu adalah tempat yang korang nak clone kan untuk gantikan batu yang dalam petak biru tu.


Korang law nak clone tu..Korang kene tekan Alt dan klik pada tempat yang korang nak clone. contoh cam kat bawah..hiraukan warna merah tu k...Warna merah tu untuk Wan tandakan macam mana nak Clone kan..(Law korang clone kan korang tak kan dapat hasil warna merah..).Pastikan tempat yang korang Clone tu adalah tempat yang seakan akan sama denagn tempat yang korang nak hilangkan benda yang tak berguna tu.


So lepas tu korang. Lepaskan Alt tu..dan klik lak pada batu tu...and korang akan dapat hasil macam kat bawah nie..


So tuje..

Mudah bukan..

S
elamat mencuba..
*******************************
credit and thanx to wan.


nie gambar sebelum tutorial. nak buang yang dalam bulatan biru (lampu) and nak gantikan dengan batu+rumput yang dalam bulatan kuning. *abaikan kegedikan keseronokan model xberbayar itu.*


nie la hasilnya. memang boleh dengar suara ketawa berdekah2 achik satu rumah. pffttt... taula aku nie xpandai guna photoshop, xpayah la ketawa macam puntilainak. *ayat mengajuk*

nampak xpermainan gambar itu? macam ada tangga kan di batu tue? sebenarnya nak hilangkan lampu tue n ganti dengan rumput+batu. entah macam mana setiap kali aku apply, keluar lagi warna putih lampu. aku hilangkan lagi, ada lagi putih lampunya.
gara2 nak hilangkan warna putih lampu, dah bertingkat batu itu.

peringatan untuk korang, make sure area yang nak diclonekan itu (rumput+batu) mesti lagi besar dari area yang nak dihilangkan (lampu). kalau korang kecilkan, maka jadila seperti gambar di atas. kahkahkah!!! *diam, achik!!!*

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Tutorial simple Frame / gambar bercantum

Jom Tutorial..

Mula mula korang open Adobe korang..Lepas tu korang open Frame dan gambar yang korang nak guna..Dan pastikan Background gambar korang hitam k..tengok kat anak panah tu...Korang klik je kat situ and tukar kaler Background korang.


Lepas tu korang klik kat Frame korang.. And tekan CTRL+A dan CTRL+X untuk potong..Dan lepas tu korang klik lak kat gambar korang dan korang tekan lak CTRL+V untuk paste..


Lepas tu korang copy lah layer Frame korang tu...Untuk wat salinan tu..korang klik kat Frame pertama korang tu..klik yang dekat petak merah yang Wan tandakan dalam gambar kat bawah nie..korang klik dan tarik terus ke bawah..macam yang kat anak panah tu..Lepas tu korang klik lak anak panah kat sebelah kiri tu..so korang leh adjust kedudukan gambar korang.


Lepas korang klik kat petak kat anak panah sebelah kiri tu..Korang klik lak kanan kat frame korang..dan korang pilih Free Transfroms..


So korang dah leh adjust kedudukan gambar korang..Law korang nak wat Frame korang tu melayang sikit..Korang klik kanan lagi..And korang klik Distort. Korang adjust lah ekot kesesuaian.


Dan lepas tu korang wat lah Frame tu sampai habis..Dah selesai semua Frame korang wat kan..Korang klik lak Eraser Tool..Kat anak panah sebelah kiri..And korang klik kat layer kat anak panah sebelah kanan lak..pastikan korang klik kat gambar korang k..contoh cam kat bawah.


Bila dah..Korang padam lah gambar korang yang terkeluar dari frame tu..

So selesai


Selamat Mencuba...
**********************************
credit and thanx to wan.





nie la hasilkerja keras saya. agak mengecewakan, tapi pengakhiran dia menggembirakan. okla tue daripada kecewa sepenuhnya, kan?

kenapa kecewa? sebab background gambar saya xdapat seperti yang dihasilkan di atas.


yang kat atas tue, dapat jer background hitam? tue saya edit supaya nampak straight macam wan ajar. kahkahkah!!! rela aku edit hokay.

sebenarnya, bila aku klik 'eraser tool', ianya boleh erase background yang kita xnak. tapi background dia transparent, bukan hitam macam kat atas tue.
buat 2,3 kali pun sama jugak. still transparent.

last2, sila la kreatif kan diri, kalau xnak menghampakan terus niat itu.

maka, inila solution saya. biarkan jer background korang transparent. klik 'pain bucket tool' n choose colour black ataupun sebarang colour yang korang nak untuk background gambar. warnakan background gambar. done!!! :)

maybe akan ada sebarang titik yang xdapat nak dihitamkan sepenuhnya. korang guna plak 'brush tool' n colourkan tempat yang bertitik2 itu.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Tutorial gambar berkeping (gambar keluar dari frame)

Ok Jum Tutorial..

Mula mula cam biasa lah kan..Korang open Adobe korang..Lepas tu korang open lak gambar korang and Background korang and Frame korang..Background tu korang leh guna ape ape gambar je..Yang warna pink dalam gambar kat bawah nie adalah background yang Wan guna k.


Lepas tu..Korang klik kat gambar korang and then tekan CTRL+A serentak dan CTRL+X serentak untuk potong gambar korang..Lepas tu korang klik lak background korang..and then tekan CTRL+V serentak untuk paste gambar korang kat background tu.


Lepas tu korang klik kat tool yang ade petak cam kat bawah nie....And then korang klik kanan kat gambar background korang and klik Free Tranforms..And korang adjust size gambar korang k.


Dah selesai tu..korang klik lak kat Frame korang..Korang wat cam yang sebelum tu..Korang tekan CTRL+A serentak kat frame korang and tekan CTRL+X serentak .Lepas tu korang klik kat gambar korang tu..Korang tekan lak CTRL+V serentak untuk paste.


So akan jadi cam kat atas tu k..klik kat tool petak tu and klik kanan korang leh adjust Frame korang tu. Kalau Frame terlalu besar or kecil korang adjust ekot kesesuaian k..Lepas tu korang adjust kedudukan Frame tu lak k..Selesai je korang adjust kedudukan Frame tu..korang tekan layer kat no1 Frame yang dalam petak hijau tu..Klik and tarik ke anak panah no2 ....Makna nye korang dah wat salinan untuk Frame tu.. And lepas tu korang klik lak kat anak panah yang warna hijau tu..Dah klik korang adjust lak Frame kedua korang tu.

Dan korang wat lah yang seterusnya macam tu kat...sampai lah korang rssa dah cukup Frame untuk gambar korang tu..Contoh cam kat bawah.Dan lepas tu korang klik kat layer gambar korang cam kat anak panah sebelah kanan tu..lepas tu korang klik lak Eraser tool kat anak panah bahagian kiri tu. dan korang padam bahagian gambar yang terkeluar dari Frame tu.

Dan akan jadi cam gambar kat bawah nie.

Next step..Kene banyak bersabar bagi yang baru mengenali Adobe.. Korang klik lak kat anak panah tu..Eraser tool. Lepas tu korang tengok kat anak panah yang kat bahagian layer tu..yang banyak banyak tu..yang tu adalah kedudukanFrame korang..So law korang nak padam Frame yang pertama korang klik lah kat Frame pertama..Korang padam bahagain Frame yang bertimpa k..Contoh cam yang Wan petakkan dalam gambar bawah nie..


Bila dah selesai padam bahagian yang bertimpa tu...Hasilnya akan jadi cam kat bawah nie..


Yang nie lak cara nak wat gambar terkeluar dari Frame nye.Korang masih gak guna Eraser tool. Dan kali nie korang padan bahagian Frame yang korang nak keluarkan tu..Contoh cam kat bawah nie..Bahagian yang Wan petakkan tu..Dekat anak panah tu korang leh adjust Opacity Frame korang..So korang bleh padam Frame korang tu ekot Sebetul betul nya bahgian badan.


Korang wat step tu sampai lah korang rasa dah cukup..Bila dah selesai korang akan dapat hasil macam kat bawah nie.


Dan seterusnya korang lakukan untuk padam bahagian Frame yang lain..Hingga lah korang dapat hasil cam kat bawah nie. Jadinya nampak cam tangan terkeluar dari Frame tu kan.


Dan selesai..Korang dah bleh save.

So selamat mencuba k..
*************************************
credit and thanx to wan.

proses nie memang betul2 mencabar kesabaran. sesapa yang cepat terasa lapar time kesabaran menipis, harap2 dapat la menyediakan makanan disebelah anda yer.

kalau ikutkan prestasi aku yang xberapa memberangsangkan nie, memang berplastik2 la bekas makanan kat sebelah. 
baca satu ayat, makanan masuk mulut satu suap. satu ayat, satu suap. xdapat buat tutorial, satu plastik makanan habis. camno tue?

nie la hasilnya. jeng jeng jeng....... jeng jeng jeng.... *bunyi drum*





xberapa nampak kan background n frame tue. xper, nanti kita berusaha lagi. 

p/s : korang kena pilih background n frame tue bersesuaian dengan gambar yang korang nak cantikkan tue. jangan jadi macam aku. xper, practice makes perfect. betulkan perumpamaan nie? hehe

opacity frame tue maknanya kaburkan frame. so bila korang klik kat tepi untuk pilih frame mana nak di'erase'kan, dia akan kaburkan frame ikut pelarasan opacity itu.

tujuan opacity nie, nak bagi korang senang kerja. xder la teragak2 nak meng'erase'kan kat bahagian mana. xder la terlebih2 'erase' n kena undo balik.

bila korang dah siapkan erase bahagian tertentu, korang kena laraskan balik opacity tue, kepada pelarasan asal iaitu 100%.
kalau korang xlaraskan balik, bahagian yang dikaburkan tue, akan kekal kabur.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Tutorial Frame gambar lebih menarik

****************
Jom Tutorial..

Mula mula korang cari lah gambar yang korang nak guna taw..ape ape je..cari gambar kartun pun ok..Contoh yang Wan guna..

Carian Google

Law dah..cam biasa lah kan..Korang open Adobe Photoshop korang..

Lepas tu korang open lah gambar kartun yang korang nak guna..Lepas tu korang klik File>New
guna 480 x 54o or ekot kesesuaian korang...pastikan background transparents k..contoh cam gambar kat bawah tu.


Lepas tu korang klik kat petak kat bahagian tool tu..contoh cam gambar kat bawah nie..klik kat anak panah tu...Lepas tu korang wat lah bentuk petak kat gambar kartun korang tu...Contoh cam kat bawah k.


Selesai je wat petak kat gambar kartun tu..Korang tekan lak CTRL+X serentak untuk potong petak yang korang wat tu..Lepas tu korang klik lak kat New file yang korang wat mula mula tu and korang tekan lak CTRL+V serentak untuk paste kotak kartun korang tu. Contoh kat bawah


Lepas tu korang wat lak lagi petak kat gambar yang korang paste tu...Kali nie korang wat petak lebih kecil kat dalam gambar tu..Contoh cam kat bawah.


Lepas tu korang tekan lak CTRL+X untuk potong...So akan jadi cam kat bawah nie..


Dan selesai...Korang save dalam bentuk .PNG k..Tengok cam kat bawah nie.


Selesai...Law korang tak nak wat and nak guna Frame yang wan guna nie..korang klik je lip lap lip lap kat bawah nie..


Owh ye..Mungkin akan ade yang tanye..Untuk ape wat Frame nie..tak penting pun..Law korang nak taw..Tutorial nie untuk Wat satu lagi gambar yang lebih cantek..Tutorial wat gambar berkeping (gambar keluar dari frame).Tengok kat bawah.


So korang tunggu lah Tutorial nie k..

Papai.

Selamat mencuba Tutorial Frame gambar lebih menarik
****************************
credit and thanx to wan.

yang save gambar tue, kalau xnak guna .png yang macam wan cakap tue pun xper. korang save dalam format jpeg pun ok.

nie la hasil daripada percubaan ku.


nampak x frame gambar tue? sebelum nie, gambar nampak comot kalau xletak frame, tapi sekarang nie, gambar makin berseri2. berseri2? errr... abaikan tatabahasa itu.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.