Thursday, February 14, 2013

PJU vs PJS

hari tue aku duk pung pang kat twitter pasal aku p KL ambil my sis. si kurus mengambil si gemuk. kahkahkah!!! gila kejam statement aku. xper, dik. ko gemuk ker, kurus ker, kakak ko sayang jer kat ko. tapi kalau boleh, sila la kurangkan berat. boleh la aku kurangkan membeli baju. kita kongsi2 jer. hint tue, hint tersirat namanya.

saper2 yang stay kat KL, xpayah habaq la apa maknanya PJU or PJS tue. ataupun korang xkan sesat nak cari arah mana PJS or PJU tue terletak. tapi bagi aku yang boleh dikatakan suka makan langsat nie. xpayah duk habaq la. kena hon tue mainan utama la kalau drive. kalau xkena hon, tue maknanya aku drive sesiput. sesiput pun malu tengok aku.

alkisahnya macam nie. my sis xdapat tiket, cuti seminggu. xder gayanya dia nak melepak huhahuha kat rumah sewa sensorang. maka dipujuknya si kurus ini mengambilnya. yerla, si kurus kan baik hati. jumaat malam p KL dengan bas, sampai pagi sabtu. santai2 jap, relax2kan badan. dalam pukul 10pagi macam tue, tolak balik semula ke terengganu. tapi sempat la sambar sebijik novel buat pengubat lara. nanti2 aku review novel tue. xrugi beli. :)

keluar jer dari One Utama, kawan adik call, nak tumpang jugak sebab xder tiket. ok la. kita p ambil dia. dia kat area PJU, tapi aku xtau PJU yang mana satu. aku kan buta sikit bab2 jalan nie. ko nak tumpangkan kawan? silakan. tapi habaq mai jalan mana kena lalu. jangan tanya aku nak belok kiri or kanan. aku tau pegang stereng jer.

adik aku pun sama jugak! langsat sesama. kawannya kasi direction dah macam itik-ayam punya percakapan. berapa kali entah salah jalan. last2 p tanya kat balai polis. itupun aku xtahu balai polis mana. nampak signboard balai polis, lega sesangat.

rupa2nya dari balai polis menghala ke PJU tue cuma 15minit jer. tapi aku drive kereta tue 2jam! dahla matahari tegak atas kepala. peluh2 menitik xhengat! melekit. :(

PJU = petaling jaya utara.
PJS = petaling jaya selatan

tahu x apa dipemikiran aku bilamana asyik jumpa signboard PJS?



Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

19 comments:

  1. tak suka gi PJ msti sesat. S.alam pun sama :(

    ReplyDelete
  2. hah..akak lg laa...mau sesat ..hiihhii

    ReplyDelete
  3. pening weiii..kalau eca yg drive.ada hbs minyak time tu juga :P

    ReplyDelete
  4. @anamarza @izan mmg sesat la, kak. dahla susah nk cari u-turn. :(

    @eca mujur la dh isi full tank. klu x, mmg ada la harapan nk rasa sesi tolak kereta. haha

    ReplyDelete
  5. yang pasti akak tau pj dah dekat dengan ikea

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat sgt, sis. tapi bila dh sesat nie, yg dekat pn, bleh jadi jauh.

      Delete
  6. takpelah sesat jalan tu menambah pengetahuan..hehe

    ReplyDelete
  7. belajar dari kesilapan:)
    masuk kl kena bca signboard.. tp kadang2 signboard pon tak betul.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kena alert ngan signboard. salah skit, terus sesat barat.

      Delete
  8. xpernah sampai pj or shah alam.. tkut sesat barat. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kna try, sis. sesi memperabihkn minyak namanya. hehe

      Delete
  9. drive bukan kt tmpt kita mmg macam tu la gayanya..benda dekat pun jadi berjam2..klu kmpg kita lian la,pusing stereng kt mana pun sat je sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. trkena sebijik kt dahi.
      kawasan kita, bleh cari short-cut lagi.

      Delete
  10. haha akak pun tak master jln2 kl ni..
    inikan pulak tahap phd lansung :)

    ReplyDelete
  11. Akak sampai sekarang fail jalan kat kl...hehehe

    ReplyDelete
  12. akak konfius ni..mana entry baru ??

    ReplyDelete
  13. huwarrrrrrrrrrrrrrr,onie pun baru tau PJU tu petaling jaya utara,sobsobsob

    ReplyDelete
  14. hehe.. marila kita sama2 mengenali singkatan nama tempat. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.