Friday, July 26, 2013

ahli keluarga baru


inilah dia ahli keluarga kami yang baru. hakim namanya. umurnya dah sepuluh bulan. eh kejap..... lahir bulan 9, maknanya umur dia dah 10 bulan. ha betul!!! dah 10 bulan. biasalah mak saudara sibuk mengira hutang, umur anak saudara pun dah lupa. sori, hakim. nanti cekteh ingat umur hakim tau.

10 bulan. ingat!!! 10 bulan tau. bukannya 9 bulan. selalu la aku ingat umur dia 9 bulan, jadi nak bagi makanan jenis keras2 agak takut sikit. dahla dia xberapa nak 'in' ngan nestum. lecek2 nasi pun xberapa laju dia makan. apa yang kita makan, itu la yang dia nak. maka, aku buatla bubur biji2 nasi untuk dia.

ermmmm nak tanya ibu2 yang diluar sana, kalau lahir xcukup bulan, memang pencapaian dia xsama dengan mereka yang lahir normal ke?

maksud aku, ada certain2 baby umur dah 9bulan, dah boleh duduk, dah boleh dengar suara dia. tapi hakim xmacam tue. pergi jumpa doctor pun, xder la pulak dia kata hakim ada problem, cuma lidah dia pendek. itu jer.

hakim lain dengan anak saudara aku yang lain. yang lain, umur 9bulan dah macam setahun. aku pulak yang terkujat dengan kelajuan diorang berlari. kalah i.

hakim sekarang nie cuma fasih mengengsot dengan laju. jangan letak dia kat area lapang, area tue akan jadi tempat jajahan dia. sekejap jer dah sampai hujung. kita pulak yang berlari2 kejar dia, dia? sengih jerrrrr.... lepas tue, engsot lagi. hermmmm.... boleh makin kurus cekteh dia, kalau jaga ini anak.

mak dia keje, ayah dia keje. so pepagi memang xder orang boleh tengok2kan dia. mak dia hantar p taska. masa kat taska la, penjaga dia minta buatkan borang OKU untuk hakim sebab 9bulan tapi still xmacam baby lain yang sama umur dengan dia.

macamana nak buat kad tue, sedangkan doctor xder cakap apa2 pun. kalau kat sini, nak buat kad OKU kena ada approval dengan doctor. doctor bagitahu, hakim cuma lambat  respon jer sebab dia lahir xcukup bulan.

3minggu sebelum due dah 'dikeluarkan' because of the mum hypertension. so, dia akan jadi lambat sebulan. is that true?

baby pun boleh mengubah kehidupan seseorang menjadi lebih bermakna, kan?

 

no title.....

lamakan xjenguk sini. busy xberapa nak busy. idea kekeringan, jemari nak menaip pun xberapa nak rancak.

bukan xder citer, ada. bukan xder topik nak start. tapi xtau nak mula dari mana. duk sorting gambar2 nak trasfer ke blog.

p/s : 'baby' i sakit. entah bila nak hantar ke klinik pun xtau. bulan nie banyak pulak ongkos yang keluar. maka 'baby' tersimpan kemas dalam microwave. haha.... kena kongsi lappy ngan adik. :(


artis datang beraya kat umah? i nak!!! i nak!!!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.